19 August 2012

RAGAM ARTIS DI HARI RAYA - LAN KRISTAL


Lan Kristal atau nama sebenar Mohd Razlan Mohamed Yosof dan isteri Nur Sheila Hassim beraya ala kadar sahaja. Kata Lan, tahun ini semuanya ditumpukan untuk anak-anak kerana tidak mahu membazir.

"Kami tak buat rumah terbuka secara besar-besaran, cukup sekadar untuk keluarga sahaja. Tahun ni saya akan beraya belah isteri di Puchong, Selangor... lepas tu barulah cuba pulang ke kampung," ujarnya.

Klik untuk imej besar...



Ditanya mengenai aktivitinya selepas raya nanti, kata Lan, Kristal bakal mengulangi kegemilangan album Rock Yea-Yea yang terjual hampir 100,000 unit. Mereka akan melancarkan album berentak Agogo dengan dua buah lagu baru yang berirama rancak.

"Kami nak tengok adakah album baru itu nanti mampu menyamai kehebatan album Rock Yea-Yea. Dalam album baru ini, kami akan ketengahkan pelbagai rentak lagu Agogo yang pastinya akan membuat pendengar tidak jemu," tambahnya.





No comments: