01 August 2012

GOSIP CINTA DENGAN SHAHEIZY KELAKAR - NORA


Jika sebelum ini Shaheizy Sam menganggap gosip cinta dengan Nora Danish, 30, sebagai mengarut, kali ini Nora pula menganggap gosip tersebut sebagai satu topik yang benar-benar kelakar.

"Saya tidak marah apabila gosip itu keluar kerana saya tahu ia hanyalah andaian penulis tersebut sahaja.





"Hubungan saya dengan Sam juga profesional dan kami hanya sekadar kawan biasa," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Terdahulu, Nora juga enggan dilabelkan sebagai artis yang gemar jatuh cinta di lokasi apabila terlibat dalam sesebuah penggambaran. Katanya, dakwaan seperti itu amat memalukan apabila banyak kali dikaitkan dengan pelakon lelaki yang berganding dengannya.

"Jika asyik dikaitkan dengan pelakon lelaki yang berlakon dengan saya nanti dituduh pula sebagai artis yang gemar bermain cinta di lokasi walaupun ia tidak berlaku.

"Mungkin ia belum menjejaskan reputasi tetapi pada masa akan datang ia akan memberi kesan walaupun semua cerita itu tidak benar," jelasnya terus terang.

No comments: