08 August 2012

TIDAK BINCANG RUJUK ABBY - MEMEY


Bila diajukan soal gosip 'rujuk kembali' antara suaminya dengan Abby Abadi sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh media, nampaknya Memey Suhaiza seolah mahu mengelak menjawab soalan tersebut. Ialah... mana ada isteri yang mahu berkongsi suami melainkan yang benar-benar redha!

Dan menjawab soalan media baru-baru ini, Memey menafikan soal rujuk ada dibincangkan tetapi mereka hanya membincangkan soal anak-anak sahaja.




“Jika saya dan abang Norman berjumpa kak Abby, kami hanya membincangkan tentang hal anak-anak dan tidak pernah membincangkan isu rujuk yang digembar-gemburkan segelintir pihak sekarang ini.

“Saya bersyukur hubungan saya dan kak Abby kembali pulih. Alhamdulillah berkat bulan yang mulia ini kami dapat berkumpul sebagai satu keluarga demi kebaikan anak-anak kami", katanya dipetik sebagai berkata.

Memey yang kini hamil tiga bulan meluahkan rasa syukurnya kerana yang keruh kembali jernih dan menganggap ia adalah berkat bulan Ramadhan yang mulia.



No comments: