27 September 2012

4 GAMBAR - KEPULANGAN JUARA ASIAN WAVE


Mungkin ada yang rasa jemu bila melihat terlalu banyak gambar dan kisah kejayaan Shila Amzah di pertandingan Asian Wave 2012 baru-baru ini. Namun percayalah... ia satu kejayaan yang amat membanggakan berbanding mengadakan konsert besar di Royal Albert Hall London!

Rasanya, ini adalah ganjaran hebat hasil daripada penat lelah Shila berjuang selama 12 tahun dalam industri seni yang diminatinya itu. Tambahan pula, keputusan untuk bertudung telah memberi nikmat besar apabila dia diterima dan dikenali di China.

Klik untuk imej besar...



"Saya dikenali di China kerana imej bertudung dan ia cukup menggembirakan saya," ujar Shila kepada media sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Turut menyambut kepulangan Shila semalam ialah peminat setianya.

Difahamkan, Shila akan terbang semula ke China November ini sebagai jemputan untuk konsert bintang negara tersebut iaitu Eric Moo di Beijing.







No comments: