24 September 2012

ANAK DATUK K 'SIASAT' ROZITA CEK WAN



Mungkin akibat mahukan kepastian, salah seorang anak Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K telah bertanyakan soal perkahwinan yang digembar-gemburkan itu sendiri pada pelakon Rozita Che Wan.

Akibatnya, Rozita, 38, agak terkejut bila diajukan soalan tersebut di sebuah majlis baru-baru ini.




"Saya tidak mengenali Datuk K secara peribadi dan begitu juga anak beliau. Dia tiba-tiba menyapa saya di sebuah majlis tertutup dan bertanya mengenai perkara berkenaan," katanya kepada media.

Untuk info, isu ini kemungkinan timbul berikutan ada blog dan media yang mengaitkan Datuk K dengan Rozita bahawa mereka kononnya telah berkahwin senyap-senyap.

Sehubungan itu, Rozita memohon semua media dan penulis blog di negara ini menghentikan spekulasi melibatkan dirinya dengan Datuk K. Tambahnya, dia tidak mahu melukai hati isteri ahli perniagaan terbabit iaitu Siti Nurhaliza.



"Saya tidak mahu menyakiti hati Siti dengan cerita-cerita yang tidak benar sebegini tambahan pula saya memang tidak berminat dengan lelaki yang sudah berkahwin.

"Saya cuma akan berkawan dengan lelaki bujang atau pun duda yang tidak mempunyai anak kerana saya tidak mahu anak-anaknya menghadapi masalah dengan saya.

"Saya tertarik kepada lelaki yang baik, tidak ego dan dapat menjaga rumah tangga dengan sempurna walaupun dia tidak sekaya mana," katanya dipetik sebagai berkata.

No comments: