25 September 2012

BERAT TAMBAH 4 KILO: LISA NAFI HAMIL



Kata orang, seri mengandung kadangkala membuat wajah wanita nampak lebih menarik dan jelita berbanding sebelumnya. Mungkinkah hal yang sama berlaku terhadap Lisa Surihani yang mengahwini Yusry KRU sejak 23 Februari lalu?

Bagaimanapun, bila diajukan soalan ini kepada empunya badan, Lisa menafikan perkara tersebut dan berkata ia tiada kena mengena dengan mengandung. Heh.

Klik untuk imej besar...



"Perubahan ini tiada kena-mengena dengan dakwaan kononnya saya sedang mengandung dan mahu merahsiakannya.

"Mungkin saya bahagia dengan kehidupan sekarang, sebab itu badan naik sikit.

"Kalau saya mengandung pada masa akan datang, saya tidak akan buka cerita dulu melainkan apabila tiba masa yang sesuai untuk berkongsi," ujarnya kepada media.

Menjawab soalan lain mengenai kehidupan rumah tangganya, kata Lisa dia bahagia dengan kehidupan sebagai seorang isteri.



"Mungkin ia kedengaran klise tetapi terus-terang saya katakan, perkara terbaik sejak berkahwin adalah ketika saya pulang ke rumah dan dapat menghabiskan masa bersama Yusry.

"Hilang segala kepenatan bekerja di luar apabila kami dapat berbual dan berkongsi pendapat mengenai pelbagai hal.

"Sejak awal lagi, kami amalkan perbincangan dalam segenap keputusan yang hendak dibuat dan perkara itu menjadikan kami lebih mengenali antara satu sama lain," tambahnya yang mengalami kenaikan berat badan sebanyak 4 kilogram.



Atas sebab itu, Lisa kini ingin mencuba 'Sistem diet Dukan' yang popular di Perancis dan turut diamalkan oleh artis luar negara seperti Kate Middleton.

"Keberkesanan pelan itu menerusi kaedah pemakanan dan senaman yang sihat dan selamat membuatkan saya mahu mendalami sistem ini dan mencubanya," ujar Lisa dipetik sebagai berkata.

No comments: