12 September 2012

AYU RAUDAH SIFATKAN RITA RUDAINI 'MELAMPAU'


Benarkah apa yang berlaku terhadap Ayu Raudah (keguguran) sebagai balasan Tuhan? Tuduhan ini meskipun pahit, namun ia terpaksa ditelan oleh Ayu, 27, apabila Rita Rudaini menulisnya di Twitter ibarat 'siapa makan cili dia rasa pedas'.

Akibat perbuatan yang disifatkan oleh Ayu sebagai melampau dan amat kasar itu, ia sekaligus didakwa menyebabkan orang ramai memandang serong terhadapnya. Ini kerana, ada yang menganggap dia mengalami keguguran kali kedua sedangkan kandungannya sekarang sudah berusia dua bulan dan berada dalam keadaan sihat walafiat.




"Saya tak faham kenapa dia (Rita) masih lagi beria-ia nak menghentam saya. Walaupun entri tersebut tidak menyebut nama, tapi rasanya semua orang tau dia tujukan luahan itu kepada saya.

"Tambahan pula ia telah mengelirukan sesetengah orang yang anggap saya telah keguguran sekali lagi," katanya kepada media dengan nada sedih.

Meskipun sedih, Ayu tidak berasa tertekan dengan pelbagai tohmahan yang dilemparkan padanya. Apa yang menjadi persoalannya sekarang, mengapa Rita terlalu bencikan dirinya walaupun mereka tidak pernah bersua.



Dalam pada itu, Ayu tetap teruja dengan anak yang dikandungnya sekarang. Katanya, dia akan lebih berjaga-jaga daripada segi penjagaan diri supaya kejadian keguguran tahun lalu tidak berulang kembali.

"Saya memang teruja dengan kehadiran bayi ini. Lebih seronok lagi apabila saya mendapat perhatian lebih daripada suami.

"Terasa macam permaisuri pula kerana saya tidak dibenarkan melakukan sebarang kerja rumah walaupun hanya mahu sapu sampah. Doktor tidak membenarkan saya membuat apa-apa pun.

"Seronok juga, kerana inilah masanya untuk kita berhat sebaik-baiknya, cuma kadang-kala saya berasa sedikit bosan kerana tidak tahu nak buat apa," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Untuk info, Ayu dan Rita sering berselisih faham gara-gara Ayu dikatakan menjadi penyebab kepada keretakan rumah tangga Rita dengan Aidil Zafuan. Peperangan antara mereka bertambah panas apabila terdapat komen yang menyindir diketengahkan oleh mereka melalui Twitter atau di media massa.

Harapan dan doa kita, moga mereka dapat berbaik semula dan sekaligus melupakan kisah lalu yang penuh onak duri. Bak kata pepatah, buang yang keruh ambil yang jernih. Perbalahan sebenarnya akan menambahkan kekeliruan. Tak gitu?

No comments: