11 September 2012

BILA SHEERA SUDAH BERSEDIA UNTUK KAHWIN


Masih ingatkah lagi laporan sebuah akhbar tempatan mengenai dakwaan Sheera atau nama penuhnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar dibelasah, ditendang, ditampar dan dipukul bertalu-talu oleh teman lelakinya pada 2011?.

Akibat kejadian yang berlaku di sebuah tempat letak kereta di ibu kota itu, mukanya bukan setakat lebam... malah perut Sheera juga sakit hingga terpaksa dikejarkan ke sebuah klinik berdekatan.

Inikah kekasih Sheera yang bernama Syan?
Klik untuk imej besar...



Lebih teruk, akhbar tersebut juga melaporkan bahawa kejadian pukul memukul bukanlah perkara baru, malah Sheera kerap kali kena belasah hingga kaki naik ke muka.

Ketika itu dakwa siwartawan, gosip itu datangnya daripada Sheera sendiri. Tapi hingga kini, ia hanya tinggal dakwaan semata-mata kerana Sheera juga tidak pernah melaporkannya kepada pihak polis.



Kini, berita terbaru yang bakal melenyapkan kisah sedih yang belum pasti itu ialah apabila Sheera berhasrat untuk menamatkan zaman bujangnya pada 2013. Sheera juga mengakui dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Persoalannya sekarang, dengan siapa anak Aznah Hamid ini bercinta? Masih dengan kekasih yang didakwa mengasarinya atau dengan kekasih baru?



Namun menurut Sheera sendiri, kekasihnya itu hanya mahu dikenali sebagai Syan, dan mereka sudah lima tahun bercinta. Tambahnya, kini sudah tiba masanya mereka melangkah setapak lagi dalam perhubungan yang disemai sekian lama.

"Hampir lima tahun saya dan Syan bercinta, saya cukup selesa bersamanya dan berharap hubungan ini akan berakhir dengan sesuatu yang indah.



"Umur saya sekarang 27 tahun dan Syan 28 tahun, saya rasa sudah tiba masanya untuk kami menamatkan zaman bujang dan melangkah ke alam perkahwinan," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Tetapi ada sesuatu yang masih belum pasti, kata Sheera kekasihnya itu belum lagi melamarnya sebagai isteri meskipun sebelum ini mereka ada berbincang mengenai perkahwinan.

"Memang dia tidak romantik tetapi dia sering menunjukkan rasa kasih dan sayang dengan cara berbeza. Itu menyenangkan saya.

"Walaupun dia belum melamar saya tetapi kami sering berbual mengenai perkahwinan dan merancang untuk menamatkan zaman bujang pada tahun hadapan, Insya Allah," tambahnya yang tidak mahu menekan soal perkahwinan terhadap kekasihnya itu.

Klik di sini untuk baca gosip BH pada 2011...


No comments: