14 September 2012

BERITA RINGKAS HIBURAN TEMPATAN - #1


NING AKUI SEDANG HAMIL

Ning Baizura kini hamil dan tanpa berselindung akan berkongsi cerita tentang kehamilannya itu tidak lama lagi.

"Insya Allah, jika tiada aral minggu depan saya akan menguar-uarkannya.Anda mesti datang," kata Ning Baizura kepada media ketika majlis gala tayangan filem Untuk 3 Hari arahan Afdlin Shauki. END.





'TEMAN PENGGANTI' CEDOK LAGU NORKUMALASARI?

Pengenalan (intro) lagu Teman Pengganti nyanyian Black bersama Mallique yang popular ketika ini adalah ilham yang dicedok daripada melodi lagu nyanyian Noorkumalasari iaitu Hati Seorang Kekasih yang pernah popular pada tahun 80-an.

Malah ada yang berkata tindakan Mallique selaku komposer lagu Teman Pengganti dikatakan tidak profesional apabila dia diberitakan tidak meminta kebenaran daripada pemegang hak cipta asal lagu tersebut iaitu Warner Music (M) Sdn Bhd.



Bagaimanapun Pengurus A&R Warner Music (M), Mokhtaza Ahmad yang dihubungi bagi mengulas perkara tersebut berkata, komposer berkenaan tidak melakukan kesalahan kerana lagu yang dikatakan ‘dicedok’ itu mematuhi melebihi kiraan tertentu iaitu tidak melebihi lapan bar.

"Jika sesebuah lagu yang sama melodinya dengan lagu asal diambil melebihi lapan bar, barulah ia menjadi kesalahan dan pemegang hak cipta sesebuah lagu boleh ambil tindakan mahkamah.

"Dalam hal ini, kod pengenalan (intro) lagu Teman Pengganti yang diambil berdasarkan melodi Hati Seorang Kekasih bukanlah satu kesalahan," ujarnya kepada media. END.


ARTIS DIBAYAR BURUKKAN KERAJAAN

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi mendedahkan terdapat segelintir artis dibayar puluhan ribu ringgit oleh parti politik tertentu dalam usaha menghasut rakyat membenci kerajaan.

Dakwanya, artis-artis tersebut akan hadir dalam ceramah-ceramah anjuran parti politik berkenaan dan mereka akan diberi imbuhan yang nilainya melebihi jumlah bulanan ketika mereka aktif dalam dunia seni sebelum ini.

“Hasil maklumat yang kami peroleh, artis-artis yang cenderung kepada parti politik tertentu dengan menyertai ceramah-ceramah mendapat imbuhan berlipat ganda berbanding ketika mereka aktif dalam bidang seni.

“Jumlah pendapatan itu mencecah puluhan ribu ringgit sebulan bergantung kepada banyak mana program ceramah yang mereka sertai dalam masa sebulan,” katanya kepada media. END.



No comments: