13 September 2012

6 GAMBAR - ALLY DAN FARAH, BAGAI BARU BERCINTA


Gambar mesra Ally Iskandar dan Farah Lee di majlis hari raya dan juga menjadi cover Mingguan Wanita. Apa yang menarik, mereka bagaikan baru jatuh cinta layaknya meskipun sudah berkahwin hampir sembilan bulan.

Menurut Ally, dia menafikan jodoh pilihan keluarga adalah sesuatu yang kolot... sebaliknya kata pengacara TV3 itu, ia adalah suatu hubungan yang ‘segar’ dan ‘misteri’.

Klik untuk imej besar...



“Mungkin kolot kerana tak ramai orang yang buat tetapi saya yakin, bila ramai orang lakukan perkara yang sama seperti saya, isu kolot itu takkan timbul. Rasanya ia sesuatu yang ‘segar’ dan ‘misteri’. Kenapa? Kerana kita berpeluang saling mengenali dan betul-betul boleh mendekati pasangan selepas berumah tangga.

“Boleh dikatakan setiap hari saya belajar satu perkara yang baru mengenainya, begitu juga dia. Secara tidak langsung, menuntut kami agar memberi lebih komitmen bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar, sepertimana yang diharapkan,” jelas Ally pada Mingguan Wanita.



Bercerita mengenai menimang cahaya mata pula, kata Ally sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk memikirkan perkara tersebut. Maklum sahajalah, isterinya masih lagi belajar di Korea jadi agak sulit untuk membicarakan soal tersebut.

“Insya-Allah, hujung tahun ini Farah akan menamatkan pengajiannya dan kembali ke tanah air. Selepas itu barulah kami akan fi kirkan tentang anak-anak kerana buat masa sekarang kami masih merancang.



“Kalau boleh biarlah semuanya stabil. Kasihan pula dengan Farah nanti sebab nak uruskan banyak perkara. Apabila berkahwin, banyak hal perlu dikongsi bersama. Tak boleh fikir diri sendiri sahaja. Walaupun saya lebih matang darinya tetapi saya perlu peka akan perasaan Farah,” ujarnya dipetik sebagai berkata.







No comments: