21 September 2012

KEMATIAN BAPA: FOUZIAH GOUS MASIH KELIRU

Meskipun telah meninggal dunia lebih sebulan, namun Fouziah Gous mengakui kesedihan terhadap kematian bapanya Mohd Gous Agulam Dastagir membuat dia hilang fokus pada kerjaya seni yang dibinanya selama ini.

"Saya baru sahaja kembali bekerja selepas lebih dua minggu berehat di rumah kerana kematian bapa. Alhamdulillah, emosi saya makin stabil sekarang tetapi perasaan sedih itu tentulah masih ada.

Klik untuk imej besar...



"Walaupun saya sudah mula berlakon, tumpuan terhadap kerja itu tidak sepenuhnya. Fikiran saya masih bercelaru dan tidak boleh fokus berbanding komitmen yang biasa saya berikan sebelum ini," katanya kepada media.

Untuk mengatasi kedukaannya itu, dia terpaksa berusaha mengembalikan rentak dan tumpuan kerana sudah terikat dengan pelbagai komitmen yang tertangguh sebelum ini.



"Saya terpaksa lunaskan tanggungjawab pada beberapa projek lakonan kerana ia sudah tertangguh sebelum ini apabila bapa saya meninggal dunia.

"Mahu tidak mahu, saya perlu fokus dan mencari kekuatan agar dapat bekerja seperti sedia kala," ujarnya.

Tambah pelakon itu, akibat tidak tahan menanggung rindu pada ibunya, dia curi-curi peluang juga balik ke Kuala Lumpur apabila penggambaran tidak melibatkan adegannya.

Untuk info, bapa Fouziah meninggal dunia pada 11 Ogos lalu akibat sakit tua pada usia 75 tahun.

 

No comments: