21 September 2012

INNOCENCE OF MUSLIM TIDAK WUJUD?

Benarkah filem kontroversi 'Innocence of Muslims' yang menimbulkan kemarahan umat Islam wujud? Ini kerana, Portal hiburan The Hollywood Reporter (THR) melaporkan bahawa tayangan perdana filem tersebut yang dikatakan telah berlangsung di Hollywood tidak dihadiri oleh sesiapa pun termasuklah krew filem berkenaan.

Oleh yang demikian, portal berita berkenaan merumuskan Innocence of Muslims mungkin kini telah menjadi filem yang tidak wujud paling popular di dunia.

 

Lapor THR lagi, apa yang mungkin wujud hanyalah 'trailer' sepanjang 14 minit yang dimuat naik dalam laman sosial YouTube yang sekali gus mencetuskan ombak anti-Amerika di seluruh dunia. Penulis skrip filem itu, Sam Bacile atau juga dikenali dengan nama Nakoula Basseley Nakoula sebelum ini dipetik sebagai berkata yang versi penuh filem itu telah ditayangkan di Vine Theatre Hollywood di bawah judul The Innocence of Bin Laden.

 

Bagaimanapun seorang kakitangan teater berkenaan memberitahu The Los Angeles Times, tiada siapa pun dilihat menyaksikan tayangan perdana itu atau terdapat kakitangan mahu pun krew filem itu menanti kehadiran penonton.

Mungkinkah laporan ini benar atau ia hanya sekadar propaganda untuk meredakan kemarahan umat Islam yang sering ditindas dan dihina? Allahualam..!

No comments: