06 September 2012

NURUL SYUHADA LETAK JAWATAN DI MEDIA PRIMA


Ini berita terbaru yang sedang hangat berlegar di alam maya. Nurul Syuhada Nurul Ain dikatakan telah meletak jawatan daripada Media Prima.

Mungkinkah ia berlaku gara-gara isu Bintulu ‘daif’ yang diperkatakan sejak beliau mula memakai tudung tempoh hari hingga membuat pengacara tersebut memohon maaf?

Klik untuk imej besar...



Menurut laman Rotikaya, Nurul Syuhada sendiri telah mengesahkan yang beliau sudah pun melepaskan jawatan di TV3 sejak sebulan lalu. Namun katanya, keputusan itu tiada kena mengena dengan mana-mana isu tetapi ia lebih kepada komitmen peribadi dan keluarga.

Selain itu, beliau berkata mahu menumpukan perhatian kepada keluarga selain ada keinginan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana.



Bagaimanapun, beliau kini masih bertugas secara 'part time' di TV3 untuk rancangan Malaysia Hari Ini (MHI). Allahualam..!

No comments: