06 September 2012

2 GAMBAR - SHERIE MERLIS LAHIRKAN BAYI PRAMATANG


Gambar menarik Sherie Merlis dan bayi barunya Tengku Kaseh Anaquah Binti Tengku Shafiz-Rullah As Syafiee Tengku Mohd. Shahidd, yang lahir melalui pembedahan dan tidak cukup bulan pada 7 Julai lalu. Meskipun tarikh kelahiran sebenar seperti yang dinyatakan doktor adalah pada 28 Ogos, namun takdir Allah tak siapa yang tahu.

"Ikut hati saya nak lahirkan Kaseh secara normal tapi kata doktor itu akan membahayakan nyawanya. Bila pergi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), doktor nasihatkan saya supaya menjalani pembedahan kerana bayi perlu dikeluarkan segera kerana degupan jantungnya semakin lemah.

Klik untuk imej besar...



"Nampak gayanya siKaseh ni macam saya juga, lahir sebagai bayi pramatang. Sewaktu dilahirkan kira-kira pukul 12 tengah malam, berat Kaseh adalah 1.8 kilogram (kg).

"Disebabkan dia tidak cukup bulan dan perlu penjagaan rapi, selepas enam hari melahirkan Kaseh, baru saya dapat kucup dan pegang dia," ujar Sherie dipetik sebagai berkata.



Untuk maklumat bersama, kali terakhir Sherie melahirkan anak ialah 19 tahun lalu iaitu ketika anak keduanya Harris Daniel lahir ke dunia. Selain Harris, beliau mempunyai seorang lagi anak iaitu Habib Daniel yang kini berusia 20 tahun hasil perkahwinannya dengan bekas suami Esma Daniel.



Photo: UM

No comments: