06 September 2012

TEATER SITI HASMAH: MAMPUKAH LISA GANTI ERRA?


Selepas diberi tugas mengantikan Erra Fazira untuk memegang watak Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, akhirnya Lisa Surihani berhasrat untuk bertemu dan mendekati isteri bekas Perdana Menteri ke empat itu. Ia mungkin bertujuan menghayati watak dan karektor untuk pementasan teater Tun Dr Siti Hasmah yang bakal diadakan nanti.

Menurut Lisa, dia sememangnya mengagumi Tun Siti Hasmah sebagai seorang wanita yang cukup berkaliber dan mempunyai personaliti tersendiri. Dan apabila dia membaca skrip teater tersebut, dia jadi lebih teruja untuk menemui dan mengenali wanita tersebut.

Klik untuk imej besar...



Bagaimanapun, apa yang masih dipersoalkan sekarang, dapatkah Lisa menggalas tugas tersebut dengan baik? Mampukah Lisa menangkis bayangan Erra yang sudah pasti bakal dibanding dan hakimi oleh ramai peminat fanatik nanti?

"Saya tahu dan sedar lakonan di pentas teater bukan mudah dan tidak semua pelakon yang pernah beraksi dalam drama atau filem mampu melakukannya,” akui Lisa yang diberi kebebasan oleh Erma Fatima untuk mengembangkan watak yang digalas.



“Saya berpendapat kehidupan beliau sebenarnya sangat berwarna-warni dengan pelbagai aktiviti yang dilakukan dan bukan sahaja tertumpu kepada peranannya sebagai isteri kepada pemimpin nombor satu negara," tambahnya dipetik sebagai berkata.

Untuk info, dalam teater itu nanti Lisa akan memegang watak Tun Dr Siti Hasmah semasa muda. Meskipun ini adalah kali pertama dia berlakon teater, namun Lisa menganggap ia adalah cabaran baru sebagai pelakon.

No comments: