19 October 2012

3 GAMBAR - APEK & LEUNIEY PILIH BAJU TUNANG?


Jika malam ini (20 Oktober 2012), Apex atau nama sebenarnya Khairul Fahmi Che Mat bakal bertarung dengan ATM bagi merebut piala Malaysia 2012, namun kisah di balik tabir sebenarnya lebih menarik. Ada desas-desus yang mengatakan dia dan kekasih hatinya Leuniey Natasha kemungkinan akan bertunang tidak lama lagi... namun entah benar entahkan tidak, Allahualam!

Apa yang menarik perhatian, di akaun Instagram milik Apex terdapat gambarnya dengan seorang pereka fesyen bersama-sama Leuniey sendiri. Lebih menimbulkan teka teki, gambar tersebut memperlihatkan mereka pergi ke sebuah kedai untuk membeli kain.

Klik untuk imej besar...



Persoalannya, jika membeli kain biasa pastinya Apek dan kekasih boleh membelinya sendiri. Tapi bila membawa pereka fesyen, mungkinkah ia bermaksud mereka mahu mengikat tali pertunangan tidak lama lagi? Harap-harap tekaan ini benar...!





No comments: