20 October 2012

IBRAHIM JUNID PENUHI KEKOSONGAN ZIELA JALIL



Bak kata orang, 'kasih sayang ibu seluas lautan'..!

Begitu jugalah halnya dengan Ziela Jalil, 42, yang telah berjaya menjadi ibu susuan kepada anak angkatnya Ibrahim Junit Abdullah yang kini berusia 10 bulan. Bagaimanapun, proses tersebut telah dilakukannya melalui kaedah tertentu yang memenuhi syariat Islam.

"Saya tidak berasa kekok untuk menjaga Ibrahim walaupun sudah 17 tahun tidak mempunyai anak kecil.

Klik untuk imej besar...



“Alhamdulillah, saya sudah pun berhenti daripada memberinya susu badan selepas dia berusia 10 bulan. Saya menganggap Ibrahim seperti anak sendiri dan berjaya memberi kegembiraan dalam keluarga saya dengan kehadirannya,” ujarnya kepada media.

Tambah Ziela lagi, kehadiran Ibrahim telah memenuhi ruang kosong dalam dirinya selepas pemergian arwah suami, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub pada tahun 2008.



Tambahan pula, dua anaknya yang lain iaitu Puteri Julia Nabilah, 20, dan Megat Jufri Nasrullah, 18, sudahpun mampu hidup berdikari.

“Anak-anak saya yang lain dah pun besar dan kehadiran Ibrahim ternyata memberikan sinar dan pelengkap kepada hidup saya," katanya ringkas.

No comments: