08 October 2012

ADIRA NAFI RETAKKAN CINTA ANNE & ALIFF


Setelah digosipkan putus cinta dengan AG (Coco), Adira, 22, atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi akhirnya membuka mulut mengenai gosip hangat yang melanda. Menurut penyanyi itu, dia bukan punca berkecainya cinta antara Aliff Aziz dan Anne Ngasri seperti yang digembar-gemburkan.

"Saya tidak terlibat langsung dalam keretakan hubungan mereka dan saya tidak mahu terlibat dalam masalah yang dibangkitkan sejak kebelakangan ini," ujarnya ketika dihubungi media.

Klik untuk imej besar...



Tambahnya, cerita yang kononnya mereka telah jatuh cinta di lokasi penggambaran juga adalah karut. Malah hubungannya dengan Aliff bersifat profesional tanpa melibatkan perasaan cinta atau sebagainya.

"Saya hanya mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya nyanyian dan lakonan dan kini lebih selesa tanpa sebarang ikatan dengan mana-mana lelaki," ujarnya.



Ditanya mengenai kemungkinan kontroversi dan isu 'orang ketiga' bakal kembali hangat apabila dia berduet dengan Aliff dalam 'single' terbaru berjudul 'Keajaiban Cinta', kata Adira ia hanyalah sekadar lagu duet tanpa melibatkan perasaan cinta.

"Seronok berlakon kerana dapat belajar pelbagai perkara namun itu tidak bererti saya tidak mahu menyanyi lagi kerana nyanyian adalah keutamaan saya," ujarnya yang mengakui dia kini kembali 'single' tanpa kekasih.

No comments: