26 October 2012

BETTY BANAFE NIKAH JEJAKA INGGERIS 8 DISEMBER


Betty Banafe yang kelihatan agak lambat bertemu jodoh berbanding rakan artisnya yang lain akhirnya memilih jejaka Inggeris sebagai bakal suami. Betty dan Bruce Dargus bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada 8 Disember ini.

Manakala majlis resepsi pula bakal dilangsungkan di Danga Bay Convention Centre, Johor Bahru, empat hari selepas nikah.

Untuk info, bakal suami Betty merupakan jejaka kacukan Britain-Lubnan dan mereka telah bertunang pada 14 Jun lalu. Katanya, kebijaksanaan Bruce berjaya menambat hatinya berbanding jejaka lain.

Klik untuk imej besar...



"Di Malaysia, ramai yang memiliki satu atau dua ijazah. Namun, Bruce ada tiga, ijazah dalam pengajian muzik, psikologi dan teknologi maklumat (IT).

"Bila saya bercakap dengan dia, saya dapat berkongsi segala benda termasuk muzik. Dia juga banyak berkongsi perkara yang saya sendiri tak tahu. Saya memang nak lelaki bijak dan rajin, yang sebenarnya susah nak jumpa.

"Lagipun, kami ada persamaan dari segi pemikiran dan kepercayaan. Saya pilih dia, bukan kerana dia orang Inggeris. Saya banyak berkawan dengan lelaki, namun tak jumpa calon yang baik untuk saya dan keluarga.

"Bruce tidak putus asa untuk belajar tentang Islam walaupun baru sahaja mendapat hidayah ketika mula-mula datang ke Malaysia, pada tahun lalu.

"Namunun begitu, ia bukanlah perkara asing baginya kerana dia mempunyai latar belakang Islam. Dari segi persekitaran, dia sudah pandai menyesuaikan diri dan banyak bertanya kepada saya jika dia keliru.

"Dia tahu karier saya dan tidak pernah melarang kerjaya saya dalam bidang seni. Malah, dia nasihatkan saya supaya jangan berhenti dan terus berusaha," ujar Betty sebagai berkata



No comments: