26 October 2012

PERKAHWINAN APEK & LEUNIEY TUTUP TIRAI 2012


Akhirnya, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi (Apek) dikatakan bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Leuniey pada bulan Disember ini (kemungkinan 28 haribulan). Malah khabar gembira tersebut sudah diwar-warkan melalui media apabila mereka bergambar mesra umpama merakamkan gambar perkahwinan layaknya.

Bagaimanapun, difahamkan Mereka tidak bertunang tetapi bakal melangsungkan pernikahan sahaja. Majlis persandingan akan diadakan sebanyak dua kali iaitu di Hotel Renaissance Kota Bharu dan di Hotel Perdana Beach Resort Kota Bharu, Kelantan.

Klik untuk imej besar...





Untuk info, perjalanan cinta Apek sebenarnya penuh ranjau duri apabila pada 2011 beliau bertunang dengan Aimie Harmelia (Jejari Runcing) sebelum putus ditengah jalan pada tahun yang sama. Seterusnya percintaan Apek dengan Dahlia Teck pada 2011 mengejutkan ramai pihak hingga menimbulkan pelbagai spekulasi... namun ia hanya bertahan selama beberapa bulan sebelum putus pada 2012.

Belum reda kontroversi, Apek digosipkan pula dengan Leuniey pada tahun sama hingga Leuniey didakwa putus tunang gara-gara percintaan tersebut. Meskipun menafikan gosip itu hingga timbul soal saman menyaman, namun 'bangkai gajah memang sukar mahu disorok di bawah karpet' hingga akhirnya mereka terpaksa mengakui telah 'jatuh cinta'.

Dan tirai 2012 bakal diakhiri dengan cerita bahagia apabila mereka ke jinjang pelamin nanti dalam usia awal 20-an. Bak kata pepatah, ikan di laut... asam di darat, dalam periuk bertemu jua. Tak gitu?



No comments: