26 October 2012

MASTERCHEF AUSTRALIA POPULARKAN ALVIN QUAH


Alvin Quah, peserta berbakat besar dalam MasterChef Australia Musim Kedua yang merupakan anak kelahiran Malaysia mengagumkan ramai pihak dengan masakan kreatif beliau berteraskan inspirasi elemen-elemen Asia, berkonsep ringkas dan unik.

Kini, AYAM Brand Australia telah bekerjasama dengan Alvin Quah untuk mempromosikan masakan Malaysia menerusi bahan-bahan dan sos Asia daripada rangkaian jenama tersebut.

Klik untuk imej besar...



Ini kerana, perjalanan Alvin Quah dalam mengecapi kemasyuran dalam bidang masakan adalah tidak dijangka dan sangat unik sama seperti masakan yang beliau persembahkan.

Dilahirkan dan dibesarkan di Happy Garden, Kuala Lumpur, beliau menghabiskan pengajian peringkat A di Malaysia sebelum melanjutkan pelajaran beliau ke Universiti Melbourne dan mendapat ijazah dalam bidang biokimia dan ijazah kedoktoran dalam kajian retinopati diabetik. Beliau kemudianya meneruskan kareer dalam bidang proteomiks bahagian penyakit neuron motor di Universiti Monash dan Institut Howard Florey di Melbourne sebelum beralih arah menjadi seorang pegawai perhubungan sains perubatan di sebuah syarikat farmaseutikal multinasional.

Penyertaan beliau dalam musim kedua Master Chef Australian adalah didorong minat mendalam dalam bidang masakan yang diwarisi daripada ibu beliau. Bakat dan akal yang tajam telah membuka mata ramai peminat yang sentiasa setia menyokong kerjayanya.



Semenjak dari itu, Alvin kerap muncul dalam rancangan televisyen Australia dan sering dijemput menjadi tetamu undangan dan penyampai di festival-festival makanan. Beliau juga sering menyumbangkan karya kepada majalah-majalah dan MasterChef's FoodHub.

Menurut Pengurus Pemasaran AYAM Brand Australia Marketing Manager Cik Linda Pipolo, keunikan rasa rangkaian AYAM Brand dalam santan kelapa dan sos digandingkan dengan warisan Malaysia yang ada dalam Alvin Quah, kreativiti dalam masakan dan kecemerlangan personaliti menjadikan satu gabungan yang sempurna.

Berikut adalah soal jawab bersama Alvin:

SOALAN: Bila anda mula memasak dan apa juadah pertama yang anda sediakan sendiri? Apa juadah pertama anda yang mendapat pengiktirafan?

JAWAPAN: Saya mula memasak semasa berumur 15 tahun, membakar kek dan biskut untuk Tahun Baru Cina. Emak saya menyedari bahawa saya mempunyai bakat jadi saya sentiasa ditugaskan untuk memasak masakan manis semasa Tahun Baru Cina.

SOALAN: Siapa yang memberi inspirasi untuk memasak bagi anda?

JAWAPAN: Emak saya. Warisan Nyonya yang beliau warisi membuatkan citarasa masakan saya sentiasa kaya dengan pelbagai perisa dan kari yang kompleks. Saya turut bertuah kerana kaum wanita dalam keluarga saya seperti emak saudara saya, nenek saudara dan nenek saya semuanya adalah tukang masak yang hebat dan sentiasa memberikan tips-tips dalam masakan.

SOALAN: Apa yang mendorong anda untuk menyertai MasterChef 2? Ada tak sesiapa yang istimewa menggalakkan anda untuk meneruskan minat anda dalam bidang masakan?

JAWAPAN: Saya masih ingat lagi apabila menonton MasterChef 1 dan berfikir, hey, itu nampak macam menyeronokkan, jadi saya menghantar borang permohonan dalam online dan seterusnya adalah sejarah. Saya berpendapat minat saya dalam bidang masakan sentiasa wujud dalam diri dan memerlukan sedikit galakan. Terlibat secara langsung dengan MasterChef 2 telah menaikkan lagi minat saya dalam bidang masakan ini.

SOALAN: Berdasarkan biodata anda, anda sudah mengecapi satu karier yang hebat dengan sebuah syarikat farmaseutikal multinasional. Apa yang menyebabkan anda mengetepikan karier anda dan menyertai MasterChef. Langkah tersebut memerlukan keberanian yang tinggi.

JAWAPAN: Secara kasarnya, saya rasa saya perlukan satu perubahan dan saya mahu menjadikan hidup saya lebih bermakna.

SOALAN: Bila anda dilantik menjadi duta jenama Ayam Brand bagi Australia dan apa pengalaman terawal anda berkaitan dengan produk Ayam Brand semasa anda di zaman kanak-kanak.

JAWAPAN: Reaksi pertama saya apabila dilantik menjadi duta jenama Ayam Brand bagi Australia adalah sesuatu yang nostalgik. Ianya sangat menyentuh hati apabila mengetahui jenama yang selalu emak saya beli daripada kedai di Happy Garden adalah jenama yang saya akan berkerjasama dengan rapat.

SOALAN: Apakah produk kegemaran Ayam Brand anda?

JAWAPAN: Sudah semestinya santan kelapa kerana kepelbagaian yang ada padanya.

SOALAN: Anda telah mereka beberapa resipi Malaysia berdasarkan kepada produk Ayam Brand kepada para penonton Australia. Apakah konsep disebalik resipi-resipi ini - kepelbagaian, gabungan, keaslian, yang menepati citarasa Australia?

JAWAPAN: Apabila saya mereka resipi-resipi ini, saya mahu mengubah persepsi yang wujud berkaitan dengan masakan Asia. Walaupun ramai diantara kita yang sangat bagus dalam mengenaplpasti dan menikmati juadah Asia, masih ramai lagi yang ragu-ragu apabila mahu memasak juadah Asia.

SOALAN: Bagaimana anda mahu mempopularkan masakan Malaysia di Australia- ada sebarang acara khas, aktiviti atau lain-lain yang anda mahu kongsi bersama?

JAWAPAN: Saya cuba dan menyokong sebanyak mana acara berkaitan dengan Malaysia yang saya termampu. Di sini terdapat banyak restoran rakyat Malaysia yang sangat bagus dan apabila saya berpeluang untuk mengunjungi mereka, saya sentiasa menyatakan sokongan saya. Sasaran saya adalah untuk menjadikan rakyat Australia berkunjung ke restoran Malaysia untuk menjamu selera.

No comments: