11 October 2012

GAMBAR - ERIN MALEK YANG HANGAT MENGGODA


Gambar menggoda Erin Malek di atas katil yang dimuat naik ke Instagram. Menurur sumber, ianya mungkin ditujukan khas untuk kekasih hatinya yang bernama 'W'. Allahualam.

Harapan kita, moga Erin cepat sedar bahawa gambar begini hanya akan memburukkan reputasinya sebagai artis. Bak kata pepatah, Biar buruk rupa, jangan buruk perangai. Heh!

Klik untuk imej besar...



UPDATE:

Berikut adalah penjelasan Erin mengenai gambar hangatnya...

"Gambar itu saya tujukan untuk semua. Tetapi tidak pasal-pasal dikatakan itu adalah untuk teman lelaki saya.

"Kalau dilihatkan gambar-gambar saya sebelum ini, memang saya selalu ‘mention’ nama teman lelaki saya tetapi berlainan apabila gambar ini dijadikan isu pula.



Tambah Erin, dia tidak faham kenapa isu ini seperti sengaja dibesar-besarkan sedangkan ramai lagi artis yang bergambar lebih teruk dan dia merasa ‘it’s not fair’.

"Saya memang tidak baca segala komen yang diberikan kerana macamlah saya ini jahat sangat dan daripada saya sakit hati baca, baik saya tidak baca terus.

"Saya akan fikir panjang dulu sebelum nak ‘post’ apa-apa selepas ini dan bila jadi isu macam ini, saya rasa macam malas nak ‘post’ apa-apa gambar dalam instagram saya," ujarnya kepada media.

Baguslah kalau begitu Erin..!

No comments: