09 October 2012

MUZIK VIDEO HAZAMA - AKU MAU DIA


Muzik video lagu tema filem 'Apa Celop Toqq', berjudul 'Aku Mau Dia', yang menampilkan Hazama AF9. Pengambaran klip video tersebut telah dilakukan sekitar Jalan Ampang dan Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Untuk info, 'Aku Mau Dia' digubah oleh Jasnie Yaakob dan lirik oleh Brenda Anura dan ia dipilih menjadi lagu tema kerana dikatakan amat bersesuaian dengan filem yang bergenre komedi itu. Manakala pemilihan Hazama sebagai penyanyi dan pelakon pula berdasarkan pemahaman watak dan penghayatannya yang amat mendalam.




'Apa Celop Toqq' arahan Ahmad Idham ini akan mula ditayangkan pada 25 oktober ini. Selain Hazama, ia turut menggandingkan ramai pelakon berbakat seperti Intan Ladyana, Azad Jazmin, Taiyuddin Bakar dan Shenthy Feliziana.

Video Klip 'Aku Mau Dia,' Oleh Hazama:



Trailer Filem 'Apa Celop Toqq,'
https://www.youtube.com/watch?v=cR_P9z_tixI


No comments: