25 October 2012

SEPARUH SEDAR - LAGU TERKINI JIPIE PESAWAT


Bersempena menyambut ketibaan Hari Raya Aidiladha, vokalis dari band PESAWAT iaitu Jipie, telah melancarkan sebuah projek solo dengan lagu berjudul ‘Separuh sedar’.

Berbeza dengan muzik PESAWAT sendiri, lagu ‘Separuh sedar’ merupakan lagu yang berkonsepkan kerohanian. Ia adalah lagu sepenuhnya hasil nukilan Jipie sendiri dan ia sudah mula diputarkan di corong-corong radio dewasa ini.

Klik untuk imej besar...



‘Separuh sedar’ juga merupakan lagu tema bagi telefilem ‘Aku bukan Haji’ lakonan Ashraf Muslim, Fauziah Nawi, Wan Hanafisu, Nadia Syahera, Daeng Farhan dan Tarmizi Abdullah arahan Mohd Yeop Hitler yang bakal ditayangkan di TV Al-Hijrah pada 9.00 malam esok ( 26 Oktober 2012).

‘Aku bukan Haji’, sebuah telefiem yang memperlihatkan kemunculan semula Ashraf Muslim setelah dua tahun menyepi dari dunia lakonan. Ia diterbitkan oleh Al-Hidayah Productions. ‘Aku bukan Haji’ mengisahkan tentang Muaz yang malu apabila digelar ‘Haji’ apatah lagi dia belum pernah mengerjakan ibadah haji. Gelaran itu menyebabkan dia terkenang dosa lampau yang pernah dilakukannya.



Saksikan lirik video ‘Separuh sedar’ di http://youtu.be/aEXfdbipPg8

Dengarkan lagu ‘Separuh sedar’ di http://soundcloud.com/jipiemusic/separuhsedar



No comments: