04 October 2012

YUNA & JACYLN VICTOR DOMINASI AIM KE-19?


Enam pencalonan untuk Yuna (Yunalis Zarai) jelas memperlihatkan betapa penyanyi bertaraf antarabangsa ini bakal memberi cabaran habat pada Anugerah Industri Muzik ke 19 (AIM 19) yang bakal diadakan pada 17 November 2012 (8.30 malam) di Stadium Melawati Shah Alam, Selangor.

Untuk info, beliau dicalonkan dalam kategori Kulit Album Terbaik (Terukir Di Bintang), Video Muzik Terbaik (Sparkle), Lagu Pop Terbaik (Terukir Di Bintang), Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Memo dan Photo of You) dan Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu (Terukir Di Bintang).




Manakala Jacyln Victor turut tercalon dalam lima pencalonan iaitu kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita), (Counting Days dan Jagalah Diri), Lagu Pop Terbaik (Sebelah Jiwaku dan Jagalah Diri) dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Counting Days).

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Pengerusi Bersama, Jawatankuasa Penganjur AIM-19, Rosmin Hashim kepada media di Hotel Royale Chulan kelmarin.

Katanya, mereka telah menerima sejumlah 465 pencalonan untuk AIM tahun ini dan sebanyak 80 calon dipilih dari 16 kategori yang dipertandingkan.



Pada tahun ini juga pihaknya telah melantik 57 orang juri yang diketuai oleh komposer Adnan Abu Hassan bagi menilai setiap pencalonan yang dihantar.

"Belajar daripada kesilapan tahun lalu, AIM tahun ini hanya diadili oleh penggiat seni yang terlibat secara langsung dalam industri muzik seperti komposer, penyanyi, pemuzik, dan penerbit album.

"Malah kita telah melantik juruaudit yang baru supaya penghakiman lebih efisien,” katanya dipetik sebagai berkata.


Berikut adalah antara senarai pencalonan AIM 19

Artis Baru Terbaik

1. Keroz Nazri

2. Mojo

3. Salam Musik

4. Stephen Rahman Hughes

5. The Malayan

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)

1. Azlan & The Type Writer - Idola

2. Faizal Tahir - Buta

3. Hazama - Majnun

4. Jamal Abdillah - Bahagia Sementara

5. Stephen Rahman Hughes - Bertemu Di Syurga

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)

1. Nora – Doa

2. Jaclyn Victor - Counting Days

3. Shila Amzah - Patah Seribu

4. Siti Nurhaliza - I Cry Out

5. Jaclyn Victor - Jagalah Diri

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu

1. Firdaus - Saat Terindah

2. Forteen - Seperti Dulu

3. GX4 - Kerana Kasihmu

4. Prince of Pop - Main Jauh Jauh

5. SleeQ Feat Ramlah Ram - Saat Kau Datang

Lagu Pop Terbaik

1. Jaclyn Victor - Sebelah Jiwaku (Edry Abdul Halim)

2. Hyper Act - Harapan (Hyper Act/Frozen)

3. Shila Amzah - Patah Seribu (Shila Amzah)

4. Yuna - Terukir Di Bintang (Yuna)

5. Jaclyn Victor - Jagalah Diri (Edry Abdul Halim)

Lagu Rock Terbaik

1. Azlan The Type Writer - Idola (Audi Mok/Dark)

2. Faizal Tahir - Buta (Audi Mok/Faizal Tahir)

3. Hazama - Simetri (Audi Mok/Omar K)

4. Silent Death - Mati Senyap (Stone/Zizie Hashim)

5. The Azenders - Bebas (Sam)

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu

1. Brenda dan Budi - Gerimis Mengundang (Arman, Alex, Aye, Rifai, Andy)

2. Jaclyn Victor - Counting Days (Abrey Suwito)

3. Stacy - Kasanova (Edry Abdul Halim)

4. Stephen Rahman Hughes - Bertemu Di Syurga (Azlan Abu Hassan)

5. Yuna - Terukir Di Bintang (AG Coco)

Album Terbaik

1. Hujan - Sang Enemy ( Noh Salleh/AG Coco)

2. Nora - Hikmah (Johan Nawawi)

3. Pesawat - Take Off (Pesawat)

4. Salam Musik - Salam Musik (Salam)

5. Stacy - Stay-C (Muhammad/Kunci Demak)

No comments: