29 November 2012

1 DISEMBER - ELLA SANDING BERDUA, FARID & DIANA BERTIGA


Bulan Disember ini, cukup ramai artis dan selebriti bakal melangsungkan perkahwinan termasuk mengadakan majlis resepsi serta persandingan. Namun yang paling menarik ialah majlis persandingan Ratu Rock Negara, Ella dan pasangan dua sejoli Farid Kamil dan Diana Danielle.

Apa tidaknya, Ella yang akan mengadakan persandingan tersebut di Ampang, Selangor pastinya sudah amat bahagia bersama suaminya Azhar. Ini kerana, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin yang kini berusia 46 tahun, boleh dikira cukup lama hidup membujang.






Manakala persandingan Farid dan Diana pula yang akan berlangsung di Putrajaya, Wilayah Persekutuan, bakal menyaksikan persandingan 'bertiga' yang sukar diduga. Semuanya gara-gara Diana bunting pelamin baru-baru ini hingga membuat suaminya amat teruja kerana bakal menjadi bapa tidak lama lagi.

Apa-apapun, tahniah diucapkan buat Ella, Farid dan Diana atas persandingan mereka nanti. Biarlah apa orang nak kata, yang pasti itu semua adalah rezeki Allah SWT. Kerana Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya... tak gitu?

No comments: