23 November 2012
4 GAMBAR - KANDUNGAN FASHA ERAT SILATURAHIM KELUARGA
Rezeki anak! Mungkin itulah perkataan yang tepat buat Fasha Sandha yang kini mengandung empat bulan setengah.
Meskipun dia kini sudah kurang aktif berlakon, namun baru-baru ini Fasha mendapat tawaran menjadi duta untuk dua produk kecantikan dan barangan bayi.
Klik untuk imej besar...
"Alhamdulillah, anak ini memberikan tuah kepada kami sekeluarga. Ada sahaja rezeki yang datang. Contohnya, saya sudah ditawarkan untuk menjadi duta kepada dua produk selepas bersalin nanti.
"Malah, setiap perkara yang dilakukan mesti menjadi lebih mudah dan orang selalu mendahulukan saya daripada pelbagai segi apabila berada di luar," ujarnya pada media di Subang Jaya, Selangor.
Tambah Fasha, anak itu juga telah merapatkan hubungan silaturahim antara kedua-dua belah keluarga. Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan jantina anak tersebut.
"Selepas bersalin nanti, saya akan menjalani tempoh berpantang selama 100 hari. Saya lebih senang mengikut cara tradisional dalam berpantang, risau juga kalau berat badan naik," ujarnya menutup bicara.
No comments:
Post a Comment