22 November 2012

4 GAMBAR - NORA DANISH DISAMPING ANUAR ZAIN


"Muka hampir sama! Sesuai dan sepadan... kalaulah jodoh, memang terbaek lahh!!! Ramai yang doakan ni," ujar seorang peminat melalui Twitter.

Manakala yang lain pula mengharapkan agar Anuar Zain dan Nora Danish dapat bertemu jodoh sekaligus membina mahligai bahagia. "kawin laaaa. both of you sesuaaaaai. tak tipu niee. haha"

Begitulah beberapa respon terhadap gambar mesra Nora dan Anuar yang diupload melalui Twitter Nora sendiri. Tambah-tambah apabila baru-baru ini Anuar mengatakan yang beliau teringin seorang wanita yang ciri-cirinya sama seperti Nora iaitu 'manja'.

Klik untuk imej besar...



Namun dalam pada itu, secara berlapik Anuar turut menjelaskan bahawa hubungannya dengan Nora hanya sekadar 'kawan' apabila sama-sama terlibat dalam pembikinan muzik video terbarunya untuk lagu ‘Ajari Aku’.

“Hubungan saya dengan Nora Danish hanya setakat hubungan kerja. Tidak melibatkan soal peribadi. Saya rasa lebih baik begitu kerana saya tidak suka campurkan urusan kerja dengan urusan peribadi. Jika saya campur-adukkan pasti sesuatu kerja itu tidak menjadi. Lagipun, ketika bersama dia, tidak terbit perasaan lain. Namun, saya tidak nafikan yang saya sangat meminati Nora Danish. Saya suka melihat dia.



"Bagi saya, dia seorang pelakon yang hebat. Meremang bulu roma saya ketika berlakon dengan dia. Nora banyak membantu saya menghayati watak dengan baik. Saya kagumi bakat lakonan yang dimiliki Nora. Memang saya yang cadangkan Nora untuk berlakon dalam muzik video ini kerana karektornya amat tepat sebagai teman wanita dan isteri saya,” ujar Anuar yang sudah sekian lama hidup solo.

Namun seperti yang kita sedia maklum, gosip dan kata-kata tersebut kemungkinan besar hanya sekadar promosi untuk produk yang baru diterbitkan. Bak kata orang, no game no fun. Dan pada peminat Nora dan Anuar... 'Assobru minal iman'. Tak gitu?

Gambar terkini Nora Danish dan anaknya...







OST FILEM SAM - AJARI AKU (ANUAR ZAIN)



No comments: