12 November 2012

ANNE NGASRI DAN BEKAS SUAMI NIKAH DISEMBER INI


Bak kata orang, bangkai gajah takkan dapat disorok di bawah karpet. Mungkin itulah halnya dengan pelakon Anne Ngasri, 28, yang akhirnya bertunang dengan seorang ahli politik berstatus duda anak satu semalam.

Meskipun gosip sebelum ini agak tersasar apabila ada yang mengatakan Anne sudah menjadi isteri kedua, tetapi hakikatnya ia tetap berada dilandasan yang sama. Cuma bezanya ialah 'kahwin' dan 'bertunang' sahaja di mana status duda telah menjadi 'penyelamat' daripada Anne terus digosip hangat.

Majlis bertunang Anne Ngasri - klik untuk imej besar...  



Terdahulu, Anne berharap pertunangan tersebut tidak lagi menimbulkan fitnah kononnya dia seorang wanita yang cepat berubah hati selepas putus cinta dengan penyanyi Aliff Aziz. Katanya, kehadiran lelaki berusia 40 tahun itu merupakan anugerah daripada Allah kerana berani bertemu keluarganya untuk masuk meminang.

"Sebenarnya dia merupakan kawan saya dan Darling (kakak Anne) sejak setahun lalu tetapi ia tidak lebih daripada sahabat sahaja.



"Entah kenapa, selepas putus dengan Aliff, kami lebih rapat sejak sebulan lalu dan apabila dia melamar, saya terima dia lebih-lebih lagi melihat kesungguhan dan keikhlasannya. Mungkin kami saling menepati antara satu sama lain.

"Saya pun tidak pernah menolak jodoh dan menganggap Aliff mungkin bukan jodoh saya. Diharap, tiada yang memberi persepsi negatif dengan perhubungan baru ini walaupun kehadirannya dalam hidup saya datang terlalu cepat," katanya kepada media semalam selepas majlis pertunangannya yang berlangsung di kediaman keluarganya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Wajah tunang Anne - Mohd Sumali Reduan


Untuk info, majlis pertunangan tersebut telah dihadiri kira-kira 200 tetamu iaitu keluarga kedua belah pihak. Anne dan pasangannya dari Johor itu bakal bernikah pada Disember 2012 ini.



"Saya minta maaf kepada semua pihak kerana merahsiakan identiti bakal suami kerana saya tidak mahu dianggap menunjuk-nunjuk.

"Selama ini orang sering menghentam saya macam-macam dan kali ini saya mahu lebih berhati-hati dan biarlah identitinya diketahui pada hari perkahwinan nanti.

"Perjalanan hidup ini adalah takdir buat diri sendiri dan diharap saya mendapat doa yang baik-baik daripada semua," ujar ibu kepada Abdul Warits, 4, Abdul Wafri, 3 dan Nazharah Afrozah, 2, itu.

Bagaimanapun, cubaan Anne untuk menyorok identiti bakal suaminya itu tidak berhasil apabila segelintir pihak sudah mengetahuinya. Nama tunang Anne itu ialah Mohd Sumali Reduan, yang merupakan Setiausaha Kerja Pemuda UMNO yang masih aktif dalam politik.

Wafi - akan turut sama nikah Disember ini...


Untuk imbasan, sebelum ini Anne pernah berkahwin dengan Wafi pada 26 Mei 2006 dan bercerai pada 2010. Wafi atau nama penuhnya Abdul Wafi Hassan 28 Oktober lalu sudahpun bertunang dengan kekasih hatinya Rafeda Razif dan bakal berkahwin juga pada hujung tahun ini.

Persoalannya, mungkinkah perkahwinan Wafi dan Anne pada bulan sama iaitu Disember hanya satu kebetulan atau memang tidak dapat dielakkan? Bak kata pepatah, manusia hanya merancang, tetapi Allah sebaik-baik perancang. Tahniah diucapkan buat Anne dan Wafi!

No comments: