08 November 2012

ISU BERHIBUR - JULIANA EVANS AKUI MASIH SOLO

“Saya tidak terkejut sebab kami memang tidak mempunyai ikatan, malah tidak pernah janji apa-apa dan juga kalau benar dia sudah ada teman lelaki, itu bukanlah masalah bagi saya," demikian ungkap Zizan Raja Lawak mengenai Juliana Evans yang dikatakan berhibur di Amerika.

Tambahnya, dia tidak pernah letakkan sebarang harapan sebaik saja Juliana ke luar negara. Malah dia juga kurang percaya pada hubungan jarak jauh.

Klik untuk imej besar...



Zizan berkata begitu bagi mengulas pelbagai spekulasi mengenai gambar-gambar Juliana bersama seorang jejaka Mat Salleh baru-baru ini. Bagaimanapun, dalam reaksi terkini Juliana sendiri, beliau menafikan mempunyai kekasih baru tetapi sekadar menikmati hari-hari solonya.

"Boyfriend? Ain't nobody got time for that! Enjoying my single life!" begitulah komen Juliana sekaligus menafikan gosip yang melanda.





"Tak tau pulak naik boat dan pergi pantai boleh rosak akhlak," tambahnya seolah memulang paku buah keras pada orang yang mengkritiknya.

Untuk info, myartis sebenarnya pernah mengajukan soalan 'gadis liar' kepada Juliana satu ketika dahulu namun ianya disangkal oleh pelakon dan model tersebut. Katanya yang disiarkan melalui youtube, dia tak kisah dengan sebarang kritikan dan bersedia dengan apa sahaja kemungkinan.

Tonton Youtube...


No comments: