07 November 2012

SURAT PENGUBAT RINDU AMENG SPRING


Pastinya ada yang tidak tahu bahawa setiap surat yang dikirim dari penjara akan dibaca dan ditapis terlebih dahulu oleh kakitangan penjara. Ia bertujuan memastikan keselamatan banduan dan penjara dapat dikekalkan agar tiada tulisan yang membahayakan kedua-dua belah pihak.

Dalam hal ini, penyanyi Ameng Spring turut tidak terlepas daripada peraturan yang telah ditetapkan itu. Surat kepada isterinya Sabariah Zakariah, daripada tembok besi (penjara) tetap melalui proses tapisan hingga ia memakan masa hampir sebulan untuk tiba ke destinasi.




“Saya baru terima surat ketiga daripada Ameng pada hari ini (Selasa). Surat itu dikirimkan pada 9 Oktober lalu tetapi baru hari ini sampai.

“Saya terharu dengan isi surat itu kerana ia menceritakan isi hati dan perasaan suami terhadap saya. Selama saya mengenalinya, tidak pernah dia meluahkan kata-kata sedalam itu kerana dia bukan jenis yang romantik.

Surat Ameng dari penjara...



“Surat kali ini sangat mendalam dan istimewa. Ia menguatkan lagi hubungan kami suami isteri,” ujarnya kepada media.

“Banyak dugaan sejak dia dipenjarakan. Ramai yang meragui kesetiaan Ameng terhadap saya apabila dia dibebaskan nanti tetapi saya percaya apa juga luahan dan kerinduannya itu adalah ikhlas.



“Surat itu memang saya tunggu-tunggu. Bagi saya, perbualan secara berdepan dengan kata-kata dalam surat amat berbeza kesannya,” tambahnya penuh semangat meskipun sering disindir oleh segelintir pihak mengenai status 'banduan' suaminya.

Untuk info, Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 44, terpaksa merengkok dalam penjara selama lapan tahun dan harus menjalani 10 sebatan kerana dadah. Hukuman telah dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April 2011 selepas beliau didapati bersalah dalam kes tersebut.

No comments: