01 November 2012

MALAM GALA FILEM JAMES BOND, 'SKYFALL'


Sempena menanti filem aksi hebat James Bond terbaru berjudul 'Skyfall', ntv7 telah mengadakan 'SKYFALL GALA SCREENING' bertempat di Cathay Cineplex, e@Curve, Petaling, Selangor secara eksklusif buat tetamu jemputan. Antara yang hadir menonton pra-tayangan itu termasuklah pemenang peraduan yang dikelolakan ntv7, mereka yang membuat penebusan tiket, media, pelanggan dan rakan perniagaan stesen TV tersebut.

Turut hadir ialah beberapa orang selebriti pada acara karpet merah iaitu Nazrudin Rahman, Daphne Iking, Faradhiya, Julia Ziegler, Lisa Wong, Frederick Lee, Mayjune Tan, Adrian Jalaludin dan Satira Diana.

Klik untuk imej besar...



Untuk info, NTV7 telah menyiarkan pelbagai filem James Bond bagi meraikan ulangtahun ke-50 watak hero kegemaran ramai itu. Maraton filem yang disiarkan selama lima minggu berturut-turut itu telah bermula sejak 7 Oktober hingga 4 November ini bagi menghitung hari kemunculan filem Skyfall di pawagam pada 1 November 2012.

Penayangan filem tersebut di NTV7 akan diakhiri dengan penyiaran sebuah filem James Bond lakonan Daniel Craig berjudul Casino Royale (4 November). Casino Royale merupakan filem ke-21 siri agen 007 itu dan merupakan yang pertama dibintangi Daniel Craig sebagai hero baru bagi menggantikan Pierce Brosnan.

Filem-filem James Bond sebelumnya yang telah menghiasi slot 'Sunday Movies' setiap hari Ahad, jam 11 malam di ntv7 ialah Golden Eye, Tomorrow Never Dies, The World Is Not Enough dan Die Another Day.









No comments: