02 November 2012

PELAKON KUSWADINATA AKHIRNYA STABIL


Jika beberapa minggu lalu, pelakon veteran Kuswadinata, 74, yang seangkatan dengan Allahyarham P.Ramlee dilaporkan kritikal dan tiada harapan untuk hidup, namun perkembangan terbaru yang kami terima mengatakan keadaannya stabil.

Bagaimanapun, pelakon tersebut masih memerlukan rawatan susulan dan pemantauan rapi hospital selepas dibenarkan pulang pada 24 Oktober lalu. Sehubungan itu, Kuswadinata akan menjalani rawatan kemoterapi pada 23 November depan.

Sudah mampu tersenyum...



"Selepas dibenarkan keluar daripada hospital pada 24 Oktober lalu keadaan beliau stabil namun doktor mahu suami saya dimasukkan ke hospital semula bagi memantau keadaan dan menjalani rawatan susulan terhadap penyakit yang dihidapinya," ujar Isterinya, Kamariah Mohd Said, 57, kepada media.

"Kami sentiasa memberi dorongan kepadanya supaya kuat semangat untuk melawan penyakit dan Alhamdulillah saya lihat beliau sangat tabah menghadapi dugaan ini," tambahnya lagi.

Terdahulu, Kuswadinata yang ditemui media nampak ceria dengan lawatan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez dan seniwati, Datuk Sarimah Ahmad. Katanya, dia amat terharu dengan sokongan yang diberikan kepadanya selama ini.

Saat Kuswadinata kritikal...


"Tidak dapat saya balas jasa mereka sehingga akhir hayat saya kerana tidak jemu-jemu keluarga dan rakan-rakan datang menziarahi saya dari hari saya dimasukkan kehospital sehingga kini.

"Mereka adalah insan yang membuatkan saya terus bersemangat untuk melawan penyakit yang dihidapi," ujar pelakon itu.

Untuk info, selain pendarahan usus, Kuswadinata turut mengalami penyakit prostat dan masalah buah pinggang yang teruk sehingga sukar untuk beliau buang air kecil secara normal. Malah sebelum ini doktor juga telah mengesahkan pendarahan pada ususnya telah merebak dan jantung pelakon itu akan berhenti pada bila-bila masa.

Tetapin dalam hal ini, doktor hanya menyampaikan apa yang dirasakan benar, namun Allah yang menentukan semuanya. Harapan kita, moga kesihatan pelakon veteran ini akan terus bertambah baik dimasa akan datang. Amin.

Kuswadinata ketika muda...


No comments: