28 December 2012

6 GAMBAR - APEK & LEUNIEY SAH SUAMI ISTERI


Khairul Fahmi Che Mat, 23, (Apek) kini sah menjadi suami kepada Leuniey atau nama sebenarnya Nur Eilunie Natasha Jaafar, 21. Mereka hari ini selamat dinikahkan oleh Imam Mukim Pasir Pekan, Ustaz Ab Ghani Ab Talib di Pasir Pekan pada jam 10 pagi.

"Alhamdulillah syukur apabila majlis ini berjalan dengan lancar.

Klik untuk imej besar...



"Perkahwinan ini juga menandakan pelbagai isu kontroversi yang membabitkan saya dan Leuniey sudah tamat, " kata Apek kepada media.

"Sebelum ini, pergerakan saya dan Leuniey untuk bertemu agak terbatas lebih-lebih lagi ketika kontroversi panas membabitkan Leuniey kononnya telah menjadi orang ketiga dalam hubungan cinta saya yang terdahulu.

"Oleh kerana itu, kami hanya dating di rumah sahaja dan rumah keluarga kami merupakan tempat rahsia kami untuk bertemu," tambahnya.

Untuk info, Leuniey menerima wang hantaran sejumlah RM19,000 berserta tujuh dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pengantin lelaki.

Rombongan pihak lelaki yang hadir pada majlis tersebut ialah ibu bapa Apek iaitu Che Mat Hussein 58, dan Bidah Ibrahim, 57, serta lima adik-beradiknya.

Turut hadir ibu bapa Leuniey iaitu Nazri Adnan, 44, dan Norlaila Abu Bakar,45, serta empat adik-beradiknya yang lain.

Bagaimanapun, majlis pernikahan itu hanya dihadiri oleh Timbalan Mufti negeri Kelantan, Datuk Nik Abd Kadir tanpa kehadiran Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempunyai agenda lain.

Tahniah buat Apek dan Leuniey..!











No comments: