28 December 2012

DEBARAN PERNIKAHAN APEK & LEUNIEY


Hari ini, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dan Leuniey atau Nur Eilunie Natasha Jaafar, 21, bakal bergelar suami isteri selepas melalui pelbagai kontroversi. Mampukah Leuniey menjadi isteri dalam usia muda dan mampukah Apek mengekalkan kehebatannya sebagai penjaga gol selepas berumah tangga?

Semua persoalan itu bakal terjawab selepas mereka bernikah di kediaman Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kota bahru, Kelantan pada pukul 10 pagi ini.

Kad undangan - klik untuk imej besar...



“Semakin dekat hari pernikahan berlangsung, semakin berdebar hati ini. Saya rasa semua orang yang hendak berkahwin juga merasai debaran sebegini,” kata Leuniey kepada media semalam.

“Sejak lebih seminggu lalu, saya tidak berjumpa dengan Apek kerana Apek menjalani latihan bola sepak di Pulau Pinang. Doakan majlis perkahwinan kami berjalan lancar,” tambahnya.

Untuk info, Apek akan mendirikan rumah tangga dengan Leuniey pada majlis perkahwinan yang membabitkan kos RM300,000.

Selain itu, akan diadakan juga majlis resepsi pengantin perempuan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 30 Disember, diikuti persandingan di sebelah pengantin lelaki di rumah keluarga Apek di Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Januari tahun depan.

Selamat pengantin baru..!

No comments: