28 December 2012

HUBUNGAN SULIT DENGAN ISTERI ORANG - ARIEL DISIASAT


Selepas bebas dari penjara baru-baru ini, penyanyi kumpulan muzik Noah, Ariel tiba-tiba ditimpa satu lagi tuduhan iaitu menjalin hubungan sulit dengan seorang pramugari. Berikutan itu, beliau dilaporkan telah disoal siasat selama lebih 90 minit di ibu pejabat polis Metro Jaya, Jakarta, Indonesia.

Untuk info, difahamkan pramugari berkenaan, Magdalena Awuy yang sudah bersuami dan mempunyai seorang anak didakwa berkenalan dengan Ariel sejak konsert jelajah kumpulan Noah di lima negara pada November lalu.




Bagaimanapun, bekas penyanyi kumpulan Peterpan itu menafikan dia menjalin hubungan dengan wanita tersebut dan mendakwa ada pihak yang sengaja menuduhnya.

Berita hubungan sulit mereka mula tersebar di Internet pada 21 November lepas.

No comments: