05 December 2012

7 GAMBAR - MISI AFDLIN SHAUKI KE PALESTIN


"Kepada semua yang mengenali saya Afdlin Shauki bin Aksan, terutama sekali saudara-mara dan sahabat handai, saya ingin meminta maaf jika selama kita berkenalan anda rasa saya telah dan pernah menyalahi anda, melakukan sesuatu yang membuat anda terasa. Sememangnya itu bukanlah niat saya dan seperti anda saya hanya manusia biasa yg ada banyak kelemahan dan kerap membuat kesilapan.

"Ampunkanlah. Halalkan termakan dan terminum. Saya juga telah memaafkan semua orang yg pernah menyalahi saya. Assalammualaikum. I will be back insyaa allah", demikian amanat dan doa Afdlin Shauki sebelum beliau berangkat ke Gaza, Palestin.

Klik untuk imej besar...



Dan berita terkini dari misi tersebut, sebanyak RM 101, 300 telah berjaya diserahkan oleh Pengerusi Aqsa Syarif Mesir, Saudara Akram Shamsuri kepada Ketua Delegasi A2G11-ER, Tn Hj. Norazmi Talib untuk dibawa ke Gaza. Hasil kutipan sumbangan warga Malaysia di Mesir.

Delegasi artis yang terdiri daripada Afdlin, Bront Palare, Aizam, Ucop, Zain Saidin, Heliza Helmi, Amin dan Ustaz Mohsen telah tiba di Lapangan Terbang Kaherah kira-kira jam 5.45 pagi (waktu Mesir) semalam. Mereka kemudian telah meneruskan perjalanan ke sempadan Rafah untuk memasuki Gaza.

Serahan sumbangan oleh delegasi Malaysia...


Selanjutnya, anggota misi tiba di Gaza City, bandar utama di Semenanjung Gaza pada Jam 7:30 malam Palestin (12:30 malam Malaysia). Mereka diiringi oleh Abd Rahim Shihab dari Jabaliya Islamic Society dan Ust Haris Bain dari Pertubuhan IKRAM Mesir (ahli misi A2G10 yang menunggu disana).

Selepas menikmati makan malam di Gaza City, ahli misi akan bergerak ke hotel. Sebelum berehat, mereka dijangka mengadakan mesyuarat bersama NGO tempatan untuk merancang pergerakan esok.

Hanya itulah laporan anggota misi Gaza artis-artis kita setakat ini. Moga Allah permudahkan perjalanan mereka. Amin.

Afdlin dan Bront Palare...




Sempadan mesir...


Bersama saudara Palestin...


Sebelum nerangkat ke Gaza...


No comments: