28 December 2012

BILA ABBY ABADI BERDAKWAH


Adat dunia... ada yang suka dan ada juga yang tidak suka dengan kita. Tambah-tambah apabila kita memberi nasihat atau ingatan ke arah kebaikan kepada segelintir pihak yang sudah 'hitam' hatinya.

Begitu jugalah halnya dengan Abby Abadi yang sudah kembali ke pangkal jalan dan kini lebih senang berdakwah daripada berlakon atau menyanyi semula. Namun bukan semua pihak menyenanginya... ada yang membidas, mengutuk dan mempersendakannya dengan pelbagai maki hamun.




Malah bagai menyiram minyak ke dalam api, video kenyataan Abby yang menyifatkan rezeki yang diperolehi segelintir artis kita sebagai haram dan tidak mengikut syariat, bagai menambahkan rasa benci. Bagi mereka yang terasa 'pedas', Abby disifatkan oleh mereka sebagai manusia tidak berilmu yang sengaja mencari publisiti murahan!

"Haram rezeki kepada pelakon yang berlakon tanpa mengikut syariat Islam. Saya kongsikan tetapi tidak ada siapa yang peduli. Boleh tengok sendiri dengan apa ada dalam TV," begitulah ujar Abby dipetik sebagai berkata.

Kesimpulannya, Abby mungkin merasa tanggungjawab untuk berdakwah kepada rakan artis terbeban dipundaknya setelah dia diberi hidayah. Dan sebagai umat Islam, kita harus bersangka baik sekiranya ia untuk kebaikan dan bukannya 'berpaling' sambil memperlekehkan kredibiliti seseorang itu.

Tugas dakwah sebenarnya bukan hanya dipikul oleh alim ulama, ustaz dan orang yang pandai agama sahaja, tetapi ia harus disampaikan oleh semua umat Islam. Namun jika kita tidak suka atau tidak mahu mendengarnya, cukuplah dengan hanya menutup telinga dan bukan mengata, menyindir atau mengutuk untuk menambah dosa. Allahualam!

Video yang menimbulkan kontroversi, bukan bagi segelintir penonton sahaja, 
malah bagi segelintir para ulama dan pembikin video ini sendiri...


No comments: