04 December 2012

GUAKUSTIKA SEMPENA ULANG TAHUN KE-5 PORTAL GUA


4 Dis 2012 – Portal hiburan GUA bakal menganjurkan Showcase GUAkustika pada 8 Disember 2012 (Sabtu) bermula dari jam 3 petang sehingga 4.30 petang bertempat di Studio 2 ntv7 Glenmarie, Shah Alam, Selangor. Showcase khas ini bertujuan meraikan pelayar setia GUA bersempena dengan sambutan ulangtahun yang ke-5 portal hiburan ini.

Antara yang menyertai, bintang sensasi YouTube Najwa Latif yang terkini popular menerusi lagu religi berjudul ‘AdaMu’. Baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, showcase GUAkustika merupakan penampilan pertama beliau secara langsung di khalayak ramai.




Turut tampil membuat persembahan, Tasha Manshahar yang semakin dikenali dengan single ‘Cuba Teka’ dan ‘Be Mine’ menerusi duet bersama Syed Shamim. Showcase GUAkstika ini turut mengetengahkan barisan artis kegemaran remaja kini seperti IamNeeta, Deanna Hussin, The Alif dan Daiyan Trisha.

Showcase GUAkustika ini boleh ditonton secara ‘streaming’ dari seluruh dunia menerusi laman sesawang http://www.gua.com.my/guakustika mulai jam 3 petang sehingga 4.30 petang pada Sabtu, 8 Disember 2012.

No comments: