04 December 2012

MARIA TENGKU SABRI LANCAR BUKU 2 JJCM


INFO SEMASA:

Maria Tunku Sabri hari ini (4 Disember) bakal melancarkan buku kedua Jalan-Jalan cari Makan di Sheraton Imperial Hotel, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Buku panduan mengenai himpunan makanan terbaik Malaysia itu mampu menjadi panduan kepada masyarakat Malaysia dan pelancong khususnya untuk menjamu selera.

Antara makanan yang diketengahkan ialah makanan Melayu, Cina, India, Peranakan dan sebagainya. Majlis pelancaran akan disempurnakan oleh Menteri Pelancongan Malaysia YB Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen dan tetamu VVIP yang turut hadir ialah YTM Tunku Dato' Paduka Khadijah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Klik untuk imej besar...



Turut memeriahkan majlis nanti ialah artis dan penggiat seni tempatan seperti David Teo, Zed Zaidi, Dharma Harun Al-Rashid, Syazwan Zulkifli, Adam Shah, Johan Ashaari, Kenchana Devi, Zalif Sidek, Sharifah Zarina, Fazli Zainal dan Faezah Elai.

Majlis itu nanti akan turut diserikan dengan persembahan nyanyian oleh Fazli Zainal, demontrasi masakan dan cabutan bertuah.

No comments: