19 December 2012

INFO - KERIANGAN BERGANDA DI NTV7


Tiada siapa boleh menolak bahawa kita kini sedang menghitung hari mengakhiri tahun 2012 dan sudah masanya untuk memulakan resolusi baru untuk tahun akan datang. Kehadiran hari Krismas Disember ini juga pastinya bakal menggandakan lagi kemeriahan di musim percutian ini.

Meneruskan tradisi, ntv7 bakal membawa keceriaan tanpa henti menerusi pelbagai rancangan menarik yang bakal menemani anda dan seisi keluarga. Inilah peluang anda untuk meluangkan masa bersama insan tersayang sambil berhibur dengan rancangan yang disediakan khas bermula 22 Disember sehingga Januari 2013 nanti.




Antara rancangan hebat yang bakal disajikan sempena kehadiran Krismas adalah animasi kesukaan ramai,Casper dalam A Spirited Beginning dan Haunted Christmas, drama Inggeris romantik, A Christmas Kiss lakonan serasi Elisabeth Rohm dan Brendan Fehr, filem aksi Dead or Alive, kisah magis, Velveteen Rabbit serta edisi khas rancangan temubual The Breakfast Show dan Bella.

Manakala barisan rancangan yang bakal disiarkan sempena tahun baru 2013 pula termasuklah drama komedi Keeping Mum yang bakal membuat anda tidak kering gusi, filem perisikan James Bond dalam Golden Eye, filem animasi Sabrina Friends Forever Movie dan Inazuma Eleven, siri realiti TV Gene Simmons Family Jewels, laporan berita khas rangkuman dalam Top News Stories in 2012, temujanji istimewa bersama Bella dan The Breakfast Show serta banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari: www.ntv7.com.my

No comments: