19 December 2012

DATUK K JALANI PEMBEDAHAN SEMALAM


Pasti ramai yang ingin tahu keadaan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di New Zealand. Menurut laporan anak lelakinya, Datuk K telah menjalani pembedahan semalam.

“Baru berjumpa ayah saya. Alhamdulillah, dia masih ingat semuanya dan dia stabil. Berharap dia sembuh secepat mungkin," demikian tulis Muhammad Azief melalui Twitter.

Solat hajat di rumah siti - klik untuk imej besar...



“Sudah melihat ayah saya. Dia dalam keadaan yang agak teruk. Saya sangat berharap dia kembali pulih selepas pembedahan semalam,” kata anak ketiga Datuk K, Mohd Ashraf juga melalui Twitter.

Untuk info, Suami kepada penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza itu terlibat dalam kemalangan motosikal Khamis lalu di Queenstown, New Zealand. Laporan awal menyatakan yang beliau mengalami patah bahu serta patah tiga batang gigi.



Siti Nurhaliza yang kini berada di sisi suaminya di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand telah membatalkan konsertnya di Banjarmasin, Indonesia disebabkan kemalangan itu.

No comments: