12 December 2012

LIYANA JASMAY & FATHUDDIN TUNDA NIKAH


Angin tidak ributpun tidak, tiba-tiba pasangan dua sejoli Liyana Jasmay, 24, dan tunangnya Fathuddin Mazlan, 28, telah menunda tarikh pernikahan mereka kepada 2 Februari 2013. Untuk maklumat, pasangan ini sepatutnya melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 24 Januari 2013.

Menurut Liyana sendiri, majlis tersebut terpaksa ditunda atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. Bagaimanapun, majlis akad nikah dan persandingan akan diadakan pada hari yang sama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.



“Akad nikah akan diadakan pada waktu pagi dan bersanding pada sebelah malam di PWTC,” ujar Liyana pada media.

Kelmarin, Liyana telah pulang ke Malaysia selepas menamatkan kursus enam bulan dalam bidang lakonan dan pengarahan di New York Film Academy, Amerika Syarikat. Ketika di sana, Liyana dan Fathuddin sempat berdating di Bandaraya New York sebagaimana pasangan bercinta yang lain.

Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 29 Mac 2012 di majlis yang agak mewah di Kemensah Height, Kuala Lumpur.



No comments: