Ikan di laut, asam di darat... dalam periuk bertemu jua. Begitu jugalah halnya dengan pengacara TV Zakiah Anas yang bertemu jodoh dengan Raja Shahrul Azmi Raja Sahar, 42, dan selamat bernikah di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor kira-kira pukul 11.35 pagi tadi.
Untuk info, Zakiah dan Raja Shahrul telah dinikahkan oleh kadi, Haji Mohd Arip Johdi dengan mas kahwin RM13,500. Lebih manis, Zakiah telah berwalikan abangnya sendiri iaitu Mohd Adnan Anas.
Klik untuk imej besar...

Cinta mempelai ini berputik ketika Zakiah sama-sama menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM) 21 tahun lalu. Meskipun mereka tidak sempat bercinta disebabkan Azmi menyambung pengajian ke Jepun, namun jodoh mereka tetap utuh.
Tahniah diucapkan..!
PHOTO PERNIKAHAN









Photo kredit: Mazidul Akmal Sidik
No comments:
Post a Comment