21 December 2012

PELAKON DRAMA TRILOGI CINTA KAHWIN LARI?


Bagai tidak percaya apabila Siti Fazurina, 30, (Pelakon drama bersiri Trilogi Cinta), didakwa berkahwin secara sembunyi tanpa pengetahuan keluarganya sendiri. Lelaki yang dinikahinya itu dilaporkan bernama Haikal, berusia 30-an dan pernikahan tersebut didakwa berlangsung di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang semalam (Khamis) berwalikan bapa saudaranya.

"Fazurina langsung tidak memaklumkan mengenai perkahwinan tersebut kepada keluarganya malah telah menghilangkan diri selama sebulan tanpa khabar berita.

Fazurina - klik untuk imej besar...



"Kami sangat terkejut dan kecewa dengan tindakannya yang membelakangkan keluarga terutama ibunya," jelas sumber terdekat keluarga Fazurina ketika dihubungi media semalam.

Terdahulu, pihak keluarga Fazurina dikatakan ada menerima mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada individu yang menjadi saksi pernikahan bagi memaklumkan majlis berkenaan.

Melalui SMS tersebut, individu itu meminta supaya ibu Fazurina bersabar dan reda dengan perkahwinan yang dilakukan secara sembunyi tanpa pengetahuan keluarga itu.

"Jika benar mereka ingin berkahwin mengapa tidak berjumpa dengan ibunya untuk meminta restu.

"Ibunya sangat kecewa dengan tindakan Fazurina bernikah tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.

"Malah pihak kami tidak mengenali dan berjumpa keluarga pihak lelaki," ujarnya.

Untuk info, usaha media untuk menghubungi Fazurina bagi mendapatkan penjelasan gagal.

Persoalannya, benarkah beliau sudah berkahwin dan apakah motif beliau menyembunyikan perkara itu daripada keluarganya sendiri? Dalam hal ini, moga Fazurina dan keluarganya dapat mencari jalan penyelesaian yang terbaik demi kebaikan kedua-dua belah pihak.

No comments: