21 December 2012

ANA DAHLIA TAK TOLAK 'RUJUK' CHEF RIZ


Ana Dahlia, 29, atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar tetap akan menerima Mohd Nadzri Redzuawan (Chef Riz) kembali jika ia memang suratan yang telah ditentukan Allah SWT padanya. Meskipun sedih dengan penceraian yang telah berlaku, namun dia tetap tabah menghadapinya demi keluarga tercinta.

“Jika Tuhan dah tentukan kami berbaik balik dan memang sudah tertulis jodoh antara kami berdua, saya akan terima. Cuma buat masa ini, mungkin tidak rasanya. Saya berazam untuk tahun baru 2013 ini, harap benda yang lebih baik berlaku dalam hidup dan juga karier seni saya,” ujar Ana dengan nada sedih.

Saat bahagia Ana & Riz - Klik untuk imej besar...



Bagaimanapun, Ana mengakui bahawa hubungannya dengan Chef Riz tidaklah serapat dulu. Dan kalau bertemupun mereka hanya sekadar bertegur sapa tanpa sebarang masalah. Malah hubungannya dengan mertua dan adik ipar juga masih baik kerana baginya keluarga tetap keluarga.

“Saya seorang yang sangat tabah kerana dah pernah melalui pelbagai ujian sebelum ini, di mana bapa saya kena serangan strok dan saya terpaksa berhenti belajar untuk besarkan enam adik-beradik saya. Namun, saya tak sangka yang saya akan menangis juga apabila hakim membacakan keputusan kes perceraian kami.

“Saya rasa sebak, tak tahu nak gambarkan perasaan waktu itu macam mana. Cuma saya sedih kenapa manusia tidak belajar sebelum sesuatu terjadi, kenapa baru nak sayang bila dah tawar hati dan kenapa dari awal tak cuba sebaik mungkin dalam mengekalkan perhubungan. Apapun, semua ini ketentuan serta Qada dan Qadar dari Tuhan dan saya terima dengan redha. Apa yang berlaku saya jadikan tauladan. Saya anggap ini dugaan dari Tuhan,” ujarnya pada media.

“Jika ada pihak yang masih menyalahkan saya atas punca perceraian kami, saya tak boleh nak halang. Bagi saya, apa yang penting Riz dan Tuhan tahu yang saya tak curang. Saya harap masyarakat tidak terus menuding jari atau terus menilai saya sebelum mereka kenal dan tahu diri saya yang sebenar. Bagi saya, orang tak tahu apa sebenarnya yang terjadi dan saya tak marah dengan perkara ini. Lagipun, bukan saya tak nak cerita punca sebenar cuma saya tak nak aib atau burukkan orang lain," tambahnya.

Untuk maklumat semua, Ana Dahlia dan Chef Riz disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Selangor pada 10 Disember lalu di hadapan hakim syarie yang membacakan keputusan jatuh talak satu bagi kes tersebut.

No comments: