21 December 2012

WORLD MUSIC AWARDS 2012 DITANGGUH


Jika hari ini ayah Shila Amzah iaitu ND Lala rasa resah sekira anaknya tidak dapat memberi tumpuan di World Music Awards 2012 di Miami, USA, gara-gara kontroversi 'merajuk', namun berita terkini lain pula ceritanya.

Menurut Reuters, World Music Awards 2012 terpaksa ditangguhkan pada Khamis disebabkan 'isu visa logistik dan pelbagai isu lain' dua hari sebelum acara itu dijadualkan akan diadakan di Miami.




Antara faktor lain yang membuatkan acara 22 Disember itu ditangguhkan ialah insiden menembak yang berlaku di sekolah rendah Newtown, Connecticut, minggu lepas.

"Kami minta maaf atas sebarang kesulitan tetapi keputusan ini dibuat disebabkan isu-isu visa logistik dan pelbagai isu lain termasuk perkabungan kebangsaan minggu ini," ujar penganjur anugerah tersebut.

Jika benar ianya ditangguh, nampaknya Shila terpaksalah 'makan angin' buat sementara waktu di Miami setelah penat menempuh penerbangan yang panjang ke Amerika Syarikat.

Untuk info, Shila dicalonkan untuk 2 kategori iaitu World’s Best Female Artist dan World’s Best Entertainer of The Year. Antara calon-calon lain tahun ini termasuk Usher, Justin Bieber, Rihanna dan Chris Brown dan ramai lagi.

Komen ND Lala - klik untuk imej besar...


No comments: