06 December 2012

RAHSIA RIDZUAN HASHIM TERUS MENDUDA


Meskipun Didie Alias kini sudah bahagia dengan kehidupan berumah tangga dan tak pernah malu untuk bercerita tentang suaminya Norisham Ismail dan lima orang anak, namun bagi Ridzuan Hashim, 48, lain pula ceritanya. Dia juga tidak malu mengakui bahawa agak sukar untuk mencari jodoh sejak menduda 12 tahun yang lalu.

Dakwa pelakon itu, sehingga kini, sudah beberapa kali perancangan untuk berumah tangga menemui kegagalan dan semua itu membuat dirinya lebih senang hidup bersendirian.

Ridzuan dulu & sekarang...



"Perkara jodoh ini sukar untuk kita jangkakan. Adalah beberapa kali merancang nak kahwin tapi tak jadi.

"Bagaimanapun saya tak kata nak menduda selamanya. Cuma buat masa ini saya selesa begini (solo)," katanya kepada media ketika ditemui di taman tema Sunway Lagoon, Selangor, semalam.

Didie kini bahagia bersama suami baru...


Namun begitu, Ridzuan tidak menolak sekiranya jodohnya telah ditetapkan oleh Allah SWT dalam masa terdekat. Apa yang pasti, dia tidak meletakkan sebarang jangka masa untuk dirinya melangkah ke alam perkahwinan.

Terdahulu, menjawab soalan adakah dia masih lagi berkelakuan nakal seperti zaman mudanya dahulu yang didakwa oleh segelintir pihak... kata Redzuan, dia tidak sedar dengan perubahan kelakuannya itu, cuma lebih senang dengan menjadi diri sendiri tanpa bersikap hipokrit.

Zaman nakal Ridzuan..?


"Entahlah, saya pun tak tahu. Nakal dalam SMS (Sistem Pesanan Ringkas) sahaja kot.

"Lagipun saya tidak ada Facebook, sebab kebanyakan orang dalam laman itu belum tentu jujur.

"Saya lebih senang jika bersemuka secara depan," ujarnya secara berseloroh.

No comments: