31 December 2012

SERINA REDZUAWAN DIDAKWA MENIPU?


Semalam, heboh satu Malaya apabila ada dakwaan yang Serina Redzuawan tidak lama dulu telah mengupload sekeping gambar melalui Facebook dan Twitternya tentang seorang lelaki yang berjaya kuruskan badan menggunakan produk susu.

Apa yang hebohnya ialah, lelaki tersebut menafikan yang beliau ada menggunakan produk yang dinyatakan itu. Oleh yang demikian, ada segelintir pihak yang menuding jari kepada Serina mendakwa artis tersebut kemungkinan menggunakan testimoni palsu untuk melariskan jualan.

Testimoni palsu? - Klik untuk imej besar...



Berikutan isu tersebut juga, timbul satu gosip yang mendakwa lelaki yang diketengahkan gambarnya oleh Serina telah membuat laporan polis. Gambar laporan polis itu juga telah dimuatnaik ke dalam sebuah forum hiburan iaitu CARI bagi membuktikan kononnya berita testimoni palsu itu benar.

Bagaimanapun, hingga saat ini, Serina masih belum memberi sebarang kenyataan mengenai isu tersebut. Mungkinkah ia benar atau sekadar gosip liar yang sengaja diperbesarkan oleh segelintir pihak yang mahu menangguk di air keruh? Allahualam.









No comments: