02 January 2013

TESTIMONI PALSU - SERINA DAKWA TERPEDAYA


Akhirnya Serina Redzuawan semalam tampil memberi pengakuan bahawa beliau sebenarnya tidak bersalah dalam isu membuat testimoni palsu seperti yang digembar-gemburkan. Dalam maksud lainnya, Serina jadi mangsa keadaan gara-gara ada pihak yang 'gatal tangan' mengupload gambar palsu tersebut.

Dakwa anak Chef Wan itu, beliau mendapat info yang lelaki tersebut dikatakan telah berjaya mengurangkan berat badan menggunakan produk tersebut. Oleh yang demikian, beliau telah berkongsi kejayaan tersebut tanpa mengetahui yang gambar tersebut adalah palsu dan rekaan semata-mata.




"Kakak ingat dia sendiri yang upload. Maybe ada orang yang edit dan kenakan dia. So kakak pulak yang di persalahkan. Tak patut betul," jelas Serina melalui Twitter.

Pengajaran daripada kisah Serina ini, berhati-hatilah jika menerima sesuatu pengakuan yang tidak diketahui sumbernya atau yang memang kita tidak kenal. Bukan apa, mungkin pengakuan atau testimoni tersebut sekadar 'perangkap' atau hasil kerja pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan produk kita. Heh.

Klik untuk baca...


Isu sebelumnya...


No comments: